Ahad, 16 Ogos 2009

RIBUT DI PTSB

Pada 15.8.09 lebih kurang pukuk 4.00 ptg PTSB dilanda ribut buat kali yang kedua.. menurut saksi ribut kencang itu berlaku dalam tempoh 20-30 minit.. yang mana merosakan pintu gerbang, tiang bendera, pokok-pokok dan bumbung genting.. ALLAH maha berkuasa kita sebagai muslim melihat kejadian itu sebagai ujian dariNYA dan ada hikmah disebaliknya..
Ini adalah kali kedua pintu gerbang PTSB tumbang.. dan kerja-kerja mengalih gerbang mengambil masa sehingga pukul 4.00 pagi yang melibatkan 2 kontrakor serta menggunakan kren.. sehingga pagi 16.8.09 kerja-kerja membaiki bumbung giat dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.Syukur alhamdulillah kejadian ribut tersebut tidak melibatkan kecederaan mahupun kerosakkan kenderaan staf dan pelajar.

Pintu gerbang yang menjadi mercu tanda PTSB turut menjadi mangsa ribut..


Pokok tumbang menghalang lalulintas telah diketepikan.. bumbung genting bangunan yang paling tinggi di PTSB turut rosak.


Bumbung genting dewan kuliah ulpl.. antara yang rosak teruk.. kuasa ALLAH.. ingat ada hikmah disebalik kejadian.


Bahan bukti tersangkut.. pokok yang besar pun patah inikan yang kecil.. patah bertaburan.


Antara pokok yang besar di PTSB.. pun patah dahannya.. bayangkan kelajuan ribut itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan