Ahad, 31 Mei 2009

SALAM SEJAHTERA.. SEMUA, t.q melayari blog ini.

SINOPSIS UPDP PTSB.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah adalah polteknik ke 16 dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Ditubuhkan pada 1 Mac 2002 dengan nama asalnya Politeknik Kulim (PKU).



Pada tanggal 16 May 2002 Unit Pembangunan Dan Penyenggaran ditubuhkan, pada mulanya unit ini dikenali sebagai Unit Senggaraan.Memulakan operasi awalnya di Politeknik Seberang Perai dengan jumlah staf pada ketika itu dua orang iaitu En Rizuwan B. Said dan Pn Zufida Nor BT HusninAsmuni.En Rizuwan B. Said kini menjawat jawatan juruteknik kanan di PTSB, manakala Pn Zufida BT HusninAsmuni kini di PSP sebagai juruteknik kanan di sana.


Pada tahun yang sama bulan September, unit ini menerima dua lagi staff dari Sekolah Menengah Teknik Sg Petani 1, Sg Petani Kedah sebagai juruteknik kanan iaitu En Muhamad Hawari B. Othman dan En Mohd Yazid B. Abd Rahman.Bulan Mac 2008 En Mohd Yazid B. Abd Rahman telah dinaikkan pangkat sebagai juruteknik tertinggi di PTSB.Manakala En Muhamad Hawari B. Othman turut mendapat tawaran juruteknik tertinggi di POLISAS tetapi menolak tawaran tersebut.


Dr Khalid Gazi B. Ali adalah orang pertama diamanahkan menjadi ketua unit UPDP sehingga tahun 2007.Kini UPDP diterajui oleh En Azman B. Salleh.






OBJEKTIF UNIT
  • Membaiki kerosakkan peralatan PNP, kemudahan dan infrastruktur.
  • Memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor.
  • Merancang kerja-kerja pembangunan dan penambahbaik di PTSB.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berkala.

ORGANNISASI UPDP PTSB

Bahagian Pengurusan.

  • Ketua Unit, seorang.
  • Pembantu Teknik, seorang.
  • Juruteknik Tertinggi, seorang.

Bahagian Teknikal.

  • Juruteknik kanan, 4 orang.
  • Juruteknik, 11 orang.

Dibahagikan Kepada 4 Kumpulan.

  • Kumpulan Awam.
  • Kumpulan Mekanikal.
  • Kumpulan Elektrik.
  • Kumpulan Landkap.