Ahad, 3 Oktober 2010

CIPTAAN DI DALAM BULAN SYAWAL...

salam sejahtera..

sebenar idea projek ini datang apabila pegawai uskk ptsb minta saya (nadzri) fikirkan cara nak sewakan MTB kat pelajar2 ptsb.. fikir punya fikir terhasillah idea stand sedemikian rupa yang mana tapak cadangan pemasangan di sekitar koperasi ptsb.sebagai permulaan hanya 2 stand disiapkan untuk 4 buah MTB.. semoga projek ini berjaya.. Amin.. syukur Alhamdullilah..


Sabtu, 18 September 2010

bulan syawal 1431... aku

cerita 1..
salam sejahtera...
setelah sekian lama aku tak berkumpul dengan kawan2 kayuh callbarup.. akhirnya pada 16/9/2010 bertempat di rumah hafiz jka kami berkumpul tapi kali ne bukan aktiviti kayuh..
raya dan gila benda baru.. camera.. sapa la tukang racun.. apa2 pun kayuh tambah menarik kalau DSLR dibawa bersama.. hahaha.. nampaknya callbarup maju setapak lagi..



pak din, ayie, aku, hj din & tuan rumah hafiz.
cerita 2..
Alhamdullillah.. hasrat nak test orbea dan motor rack bike berjaya.. satu lagi kejayaan updp ptsb dalam rekacipta alat..



catatan_pul

Khamis, 26 Ogos 2010

DUA CIPTAAN DALAM BULAN 8

Dalam bulan 8 dua ciptaan berjaya dihasilkan oleh UPDP.Pertama meja ceramah beroda hasil buah fikiran En Riduwan dengan pertolongan En Ridzuan.Kedua buaian hasil dari barang-barang lupus.

Meja ceramah agama Pusat Islam.



Buaian ciptaan En Hawari.

Rabu, 25 Ogos 2010

RAISE FLOOR

Gotong-royong unit UPDP di sekitar makmal JPA & JMSK.
Ketua projek Pak Din.
Projek yang bermula pada 1/8/2010 dan dijangka berakhir pertengahan bulan 9.


































Selasa, 27 Julai 2010

REKACIPTA UPDP






PROJEK : UBAHSUAI RG JADI MOTOR CROSS

Ubahsuai RG jadi motor cross adalah satu lagi projek En Hawari, dengan persetujuan jual beli bersama Pak Kot orner motor RG.Projek yang memakan masa dua bulan berjaya disiapkan dan ditest run, pada peringkat awal ada masalah di bahagian kendalian handle sukar dikawal.Perkara itu dapat diatasi dengan panambahan lebar handle dan peninggian fork.

Usaha tanda kejayaan tahniah kepada En Hawari.

Khamis, 14 Januari 2010

PERTANDINGAN MEWARNA JP SBG JAYA

sabtu 9.1.2010 di PSP saya sekeluarga menempek hari keluarga jab perangkaan penang.. cz adik ipar & mak su aku staf jab perangkaan JP.. ojektif saya nak mendedahkan anak-anak saya minat menyertai apa juga jenis pertandingan bukan saja dapat mengeratkan hubungan malah menguji tahap anak-anak..

alhamdulillah zaqwan dpt no1 dalam acara mewarna.. ini first time dpt no 1 setelah beberapa kali pertandingan.. keep on z..


pendedahan awal penting kelak mereka tidak kekok menghadapi cabaran lain..


sufina 2 tahun


sokongan moral..

Khamis, 7 Januari 2010

AEROBATON

rabu 30 dis 2009 bertempat di tapak pesta pulau pinang, 4 orang staf wanita UPDP telah menyahut cabaran pertandingan aerobaton.Pertandingan tersebut dalam ketagori 18 tahun hingga 39 tahun.XTVT ini berjaya menarik minat penyertaan seramai 240 peserta terdiri daripada 2 buah negeri iaitu pulau pinang dan kedah.Kesemua wakil UPDP berjaya menghabiskan 2 jam acara aerobaton tanpa berhenti.Moralnya di sini mereka dapat mempelajari teknik-teknik aerobaton sebenarnya disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan... lepas neee jangan stop berraidah...

gambo cik yus tak ada la pula.. cz jadi camera women..

tuu pun dia cik yusss kita..